Demi Tawaran, Julia Ziegler Tidur Dengan Pengarah?
Tidak terkejut dengan tuduhan yang timbul itu, Julia sebaliknya menyifatkan isu tersebut sebagai satu lagi fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.
“Saya akui saya memang berkawan rapat dengan dua orang produser tetapi kedua-dua mereka perempuan dan bertudung pula tu. Buat apa pula saya nak tidur dengan mereka? Lagipun cerita sebigini pernah timbul semasa saya mula-mula berlakon dulu. Apa yang di dakwa itu fitnah.
“Kalau saya kenal seseorang produser lelaki itu, saya akan kenal sekali isteri serta anak-anaknya”
“Saya tak perlu tidur dengan sesiapa untuk dapatkan job atau apa saja tawaran berlakon. Rezeki tu bukan datang daripada mereka pun, rezeki datang dari Allah. Kalau saya dapat satu satu job tu, Alhamdulillah. Kalau tidak, bermakna ia bukanlah rezeki saya”, jawabnya dengan nada tegas ketika ditemui di kompleks kraft Kuala Lumpur, semalam.
Sebagai artis Julia berkata dia akur dengan lumrah dan asam garam bergelar seorang selebriti yang sentiasa akan dilemparkan dengan pelbagai cerita sama ada cerita baik ataupun cerita kontrovesi. Sudah lali dengan gosip dan kontroversi, justeru dia tidak terlalu ambil pusing dengan hal itu.
“Memang beginilah cabaran yang perlu kami hadapi sebagai artis. Dalam dunia ni pun setiap orang pasti ada yang disukai dan ada yang tak disukai. Kalau kita buat baik macam mana sekalipun, kalau dah orang tak suka kita, orang tetap ingat kita ada niat lain.