Foto Ringan-Ringan Dalam Tempoh Edah

 Izreen Dituduh Tidak Hormat Tempoh Edah, gossip, hiburan, info, terkini,
Malah ada juga yang mempersoalkan tindakannya itu seakan-akan tidak wajar lebih-lebih lagi aktres itu masih berada dalam tempoh edah selepas disahkan bercerai pada 9 Jun lalu.

Menurut Izreen, gambar-gambar itu dimuat naik atas tujuan kerja semata-mata dan dia tidak menganggap perkara tersebut sebagai isu yang perlu diperbesarkan.

“Saya tahu ramai yang mempersoalkan tentang gambar-gambar tersebut tetapi gambar saya bersama Amar Baharin itu hanyalah untuk tujuan promosi drama bersiri ‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’ yang sedang ditayangkan di kaca televisyen.
 Izreen Dituduh Tidak Hormat Tempoh Edah, gossip, hiburan, info, terkini,
“Tidak lebih daripada itu pun… Gambar-gambar tersebut hanya untuk menarik perhatian peminat untuk menonton.

“Sebab itu saya rasa komen-komen negatif yang saya dapat tidak menjejaskan apa-apa… Mereka kena tahu mengapa saya buat macam tu dan bukannya terus menghentam semata-mata,” jelasnya kepada Pancaindera.
Tambah Izreen lagi, walaupun berada dalam tempoh edah dia masih perlu ke lokasi penggambaran memandangkan ia merupakan mata pencariannya.
“Saya dah terikat dengan kontrak jadi tak mungkin saya akan duduk di rumah sepanjang tempoh edah.

“Kini penggambaran drama itu sudah pun berakhir dan selepas ini saya boleh kurangkan sedikit aktiviti luar.” jelasnya.
Di samping itu, Izreen juga meminta supaya peminat tidak salah faham dan mengangap gambar tersebut sebagai sesuatu yang peribadi sebaliknya itu hanyalah sebahagian antara babak cinta dalam drama bersiri berkenaan.

Sumber: Utusan Online
Get updates in your Inbox
Subscribe