KAITAN ANTARA AYAM JANTAN, ANJING DAN KELDAI YANG KITA PERLU TAHU

Kokokan ayam jantan atau orang Johor panggil ayam jago mempunyai pelbagai maksud yang ditafsirkan oleh orang tua-tua...Yang pertama sudah pastilah kokokan itu membawa maksud waktu bersahur telah tiba, atau sudah Subuh..bangunlah wahai isi rumah. Kalau tidak terjaga memang sajalah "tidur mati" namanya...Ironinya ayam tidak pernah kesiangan hingga terlupa untuk membangunkan tuannya supaya bersegera solat Subuh.Lagi satu yang sering diterjemahkan dari kokokan ayam adalah pasang surutnya air laut..

Kaitan Antara Kokokan Ayam,Malaikat Dan Makbul Doa

Adakah malaikat itu memang akan turun ke langit bumi ketika dua pertiga malam?Bagaimana pula waktu yang lain?
Ya Allah, makbulkanlah doaku!" Daripada Abu Hurairah, katanya Nabi s.a.w. bersabda:"Apabila kamu mendengar kokok ayam maka mohonlah kurnia kepada Allah kerana ayam itu (berkokok) melihat malaikat.Dan apabila kamu mendengar teriakan keldai maka berlindunglah kepada Allah daripada gangguan syaitan kerana keldai itu melihat syaitan." (HR Muslim)
"Jika kalian mendengar suara kokok ayam,mohonlah kepada Allah kurniaNya kerana saat itu,ayam itu sedang melihat malaikat dan bila kalian mendengar rengek suara keldai mohonlah perlindungan kepada Allah kerana saat itu keldai itu sedang melihat syaitan." (HR Bukhari)

Dan ada satu lagi hadis yang disebut oleh Abu Daud, "ketika kamu mendengar salakan anjing dan rengekan keldai pada waktu malam hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah kerana mereka nampak apa yang kamu tidak nampak."

Ada 3 ekor haiwan yang disebut dalam hadis tersebut iaitu yang pertama ayam dan keldai manakala hadis yang berikutnya pula menyebut anjing.Tentang kokokan ayam dan teriakan keldai itu jarang yang mengetahuinya.Namun tentang anjing itu ramai yang sudah mengetahuinya, malah seluruh dunia percaya jika ada lolongan anjing di tengah malam ia dikaitkan dengan hantu dan sebagainya.Tapi bagaimana pula dengan ayam?Menurut Pensyarah Jabatan al-Quran dan As Sunnah,(KUIS) Suriani Sudi, hadis itu berada pada tahap sahih maka kita wajib mempercayainya dan beriman dengannya..

Ketika di keheningan sepertiga malam itulah kita berada begitu dekat dengan Allah.Itulah masa yang digalakkan kita untuk bangun solat Tahajjud dan bermunajat kepadanya.Ia bukan bermakna pada waktu lain Allah tidak memakbulkan doa kita akan tetapi, Allah dan Rasul memberi tip untuk merebut waktu makbul doa dengan mudah.

Allah berikan beberapa waktu yang paling makbul doa antaranya sebelum berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, selepas azan juga ketika tengah malam.Di antara waktu-waktu itu juga ditunjukkan tanda-tandanya ketika ayam berkokok dan sewaktu hujan turun, maka ketika itu berdoalah...

Tanda-tanda itu diberikan Rasulullah s.a.w. adalah untuk memberi semangat kepada umatnya untuk meraih dengan mudah.Hadis-hadis ini memberikan bonus kepada kita untuk merebut peluang waktu yang dimakbulkan doa.

Ayam Nampak Malaikat?

Berbalik semula kepada persoalan asasnya, adakah ayam boleh melihat malaikat? Di dalam hal itu, Suriani tidak menafikannya.Malah perkara itu tidak mustahil kerana itu semua atas kehendak Allah untuk memperlihatkan kekuasaan dan kebesaran Nya.

Menurutnya di dalam alam ini tidak semua yang boleh manusia nampak dengan mata kasar.Contohnya gelombang cahaya.Kajian yang dilakukan oleh pakar perubatan Mesir, Dr. Hesham Ahmed Taha, menjawab persoalan ini.Sinar infra red dan sinar ultra violet(UV) boleh dilihat oleh haiwan2 istimewa ini.

Keldai boleh melihat sinar infra red dan syaitan pula dijadikan Allah daripada api.Menggunakan alasan itu maka boleh dihuraikan bahawa keldai boleh melihat syaitan tetapi tidak boleh melihat malaikat.Dari banyak kajian yang dijalankan, gelombang syaitan terletak di dalam gelombang infra red. Gelombang itu bersifat panas.

Manakala ayam jantan mempunyai kebolehan untuk melihat sinar UV,hal itu kerana struktur kompleks retina mata ayam yang membolehkan ia melihat lebih banyak warna yang tidak boleh dilihat oleh manusia (gelombang yang lebih pendek). Pernah dengar istilah rabun-rabun ayam?? Sinaran UV membantu ia mengesan mangsa melalui najis dan air kencing.Begitu juga ia membantunya untuk mengawan dan berhijrah.Kemudian jika difikirkan semula asal kejadian malaikat adalah dari cahaya atau nur.Antara cahaya dan api adalah dua perkara yang berbeza kerana api sifatnya panas sedang cahaya itu sifatnya sejuk.Pun begitu, jika sinar UV bertemu denagn infra red maka infra red akan hilang.Walaupun dari segi kepanasannya infra red lebih panas tetapi boleh dilenyapkan dengan cahaya yang sejuk.

Secara tidak langsung keadaan ini menerangkan kenapa syaitan lari apabila kita selalu mengingati Allah.Apabila kita sering mengingati Allah maka malaikat akan sentiasa mendoakan dan mendampingi kita.Syaitan akan melarikan diri apabila bertembung dengan malaikat kerana syaitan akan musnah kerana cahaya malaikat.Ia adalah sama seperti mana sinar infra red termusnah apabila ada sinar UV.Sinar infra red terletak pada jarak gelombang panjang 750mm- 1mm 9 milimeter.Syaitan yang pernah dikaji oleh saintis berada pada tahap gelombang infra red.Ada beberapa spesies binatang yang boleh melihat dengan jelas sinar infra red seperti anjing,keldai, ular kumbang dan beberapa serangga lain...

Anjing Melolong Juga Petanda Syaitan

Ini adalah perkara yang berlaku di sebuah taman perumahan yang terletak di atas bukit yang berlatar belakangkan hutan simpan.Setiap kali kedengaran azan dari surau berhampiran , ia akan disambut dengan lolongan anjing.Bukan lolongan biasa tetapi seperti salakan anjing sewaktu tengah malam ketika melihatkan sesuatu yang kita tidak mampu melihatnya.

Hadis dari Abu Hurairah katanya Nabi s.a.w. bersabda," Apabila muazin menyerukan azan, maka syaitan lari terkentut-kentut, sehingga tidak kedengaran lagi olehnya suara azan itu.Apabila azan telah selesai, dia datang kembali.Apabila orang iqamat dia pergi pula. Bila iqamat telah selesai dia datang pula mengganggu orang solat.Katanya "Ingatlah ini dan itu..". Iaitu soal-soal yang tidak perlu diingat hinggakan orang itu terlupa telah berapa rakaat dia solat." (HR Muslim)

Perkara itu memang benar kerana ia disebut didalam hadis sahih Muslim, bahawa ketika itu syaitan lari bertempiaran sewaktu azan berkumandang dan anjing melolong melihatnya.Begitu juga Maghrib kita juga disuruh masuk ke dalam rumah hingga hilang mega-mega merah. Semuanya ada kaitan dengan aktiviti syaitan yang sedang memuncak saat peralihan waktu berlaku.

Sebab itulah ada hadis yang menyebut tentang syaitan yang berkeliaran ketika waktu senja.Daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya Rasulullah s.a.w. bersabda "Bila hari senja , laranglah anak-anak keluar rumah kerana ketika itu syaitan berkeliaran.Satu jam sesudah itu bila telah malam biarkanlah mereka.Kuncilah pintu dan sebut nama Allah,kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang dikunci (dengan menyebut nama Allah).Tutup tempayan mu dengan menyebut nama Allah.Tutup semua bejanamu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya dan padamkan lampu (ketika hendak tidur)." (HR Muslim)

Semua tanda itu adalah pintu untuk kita meminta perlindungan dan pertolongan daripada Allah.Jika kita ketahui ada syaitan berkeliaran ketika itu maka menjadi kewajipan kita untuk memohon perlindungan daripada Allah. Syaitan itu mengganggu di dalam bentuk yang berbagai-bagai...

SUMBER: Majalah Al Islam Edisi June
KONGSI-KONGSIKAN
Get updates in your Inbox
Subscribe