NAJUA P.RAMLEE TAK 'TERASA HATI' SHARNAZZ 'HINA' DATUKNYA

Sudah lali dan ada yang lebih teruk lagi!

Begitulah komen cucu kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Najua, 28, mengenai hinaan masyarakat terhadap datuknya termasuklah yang terbaru apabila Sharnaaz Ahmad 'bergurau' meletakkan taraf senimaan agung itu pada 'paras kaki'.

"Saya dan keluarga menerima dengan hati terbuka status Sharnaaz itu kerana apa yang diperkatakan pelakon tersebut adalah pandangan peribadinya.
"Saya dan keluarga sudah tidak kisah dan lali dengan pandangan dan hinaan orang ramai tentang Allahyarham.

"Kalau nak diikutkan apa yang Sharnaaz cakap itu hanya sikit jika ingin dibandingkan tomahan orang lain yang lebih teruk daripada itu," ujar Najua yang merupakan anak kepada Allahhyarham Nassir P. Ramlee itu dipetik sebagai berkata
Untuk info, Najua berkata demikian sebagai mengulas status terbaharu Sharnaaz Ahmad menerusi Instagram miliknya yang meletakkan P.Ramlee pada paras kaki jika hendak dibandingkan kehebatan seseorang bapa.

Terdahulu, Sharnaaz pula berkata dia menganggap tindakannya itu bukan satu kesalahan sebaliknya hanyalah gurauan semata-mata.

Alasannya, gurauan seperti itu seringkali dilakukannya dan ia tidak perlu diambil serius oleh mana-mana pihak.

"Saya tidak rasa itu salah dan ia hanya gurauan sahaja, lagi pula saya ingin memberitahu tentang kelebihan bapa saya berbanding P.Ramlee di sudut pandangan mata saya sebagai seorang anak", katanya sebagai memuji bapanya, Basir Ahmad, 68, sempena hari lahir bapanya baru-baru ini.

Read more: http://www.myartis.com/2014/06/najua-pramlee-tak-terasa-hati-sharnazz.html#ixzz366ByUqri
Get updates in your Inbox
Subscribe