LEBIH 100 artis dan 20 buah gerai jualan yang dikendalikan selebriti terkenal tanah air bakal memenuhi Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini bersempena program 'Pray 4 Gaza', Jumaat ini.
Menurut kenyataan Sekretariat 'Pray 4 Gaza' di sini hari ini, program bertemakan 'Himpunan Peduli Ummah' itu bertujuan mengumpul dana bagi membantu mangsa terlibat di Gaza, sekali gus meningkatkan kesedaran rakyat terhadap isu-isu Palestin dan kemanusiaan sejagat.
Program 'Pray 4 Gaza' ini turut mencipta sejarah tersendiri apabila sebuah akaun khas atas nama 'Selangor Humanitarian Fund' yang menggabungkan tujuh badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif menyalurkan bantuan kemanusiaan seperti Islamic Relief Malaysia, Muslim Care, Amal Palestin dan Yayasan Amal Malaysia berjaya diwujudkan, kata kenyataan itu.
"Program 'Pray 4 Gaza' yang bermula pada jam 3 petang sehingga 12 tengah malam bakal diisi dengan Bazaar Gaza, kutipan tabung Gaza, lelongan amal, pameran, solat Maghrib, Isyak, Ierawih dan hajat berjemaah, pidato Palestin serta persembahan artis tanah air.
"Selain itu, khutbah Jumaat khas berkenaan isu Gaza akan turut dibacakan di seluruh masjid di Selangor pada Jumaat ini," menurut kenyataan tersebut.
Orang ramai dialu-alukan untuk hadir berbelanja sambil menderma dan sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Sekretariat 'Pray 4 Gaza' di talian 03-55121352 atau emel di event@nasyeed.com. - Bernama