Najib terima panggilan Ban Ki Moon, Putin

  • Najib menjawab soalan pemberita berhubung serangan hendap yang mengakibatkan seorang anggota Polis mati ditembak manakala seorang lagi rakannya  diculik di Pulau Mabul, Sabah, ketika sidang media selepas Taklimat Pembangunan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang dekat Kuantan, hari ini. - Foto BernamaNajib menjawab soalan pemberita berhubung serangan hendap yang mengakibatkan seorang anggota Polis mati ditembak manakala seorang lagi rakannya diculik di Pulau Mabul, Sabah, ketika sidang media selepas Taklimat Pembangunan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang dekat Kuantan, hari ini. - Foto Bernama
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama blogger dan pengamal media dalam talian, dilihat hanya sempat menjamah buah kurma sahaja apabila menerima panggilan beberapa pemimpin dunia susulan nahas pesawat Malaysia Airline (MAS) Penerbangan MH17 di Ukraine.

Sebaik sahaja berbuka puasa di perkarangan Masjid Al-Muhammadi, Angkasapuri di sini, perdana menteri menerima panggilan daripada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon.  

Najib dilihat bercakap mengenai tragedi MH17 itu kira-kira 10 minit dengan Ban, sebelum beliau menunaikan solat Maghrib.

Selesai menunaikan solat Maghrib, beliau menerima panggilan daripada Presiden Rusia Vladimir Putin pula.  

Pada mulanya, Najib dijadualkan membuat perutusan khas mengenai MH17 menerusi RTM1 pada 8.10 malam tadi, namun terpaksa menangguhkannya ke 11 malam ini berikutan panggilan beberapa pemimpin dunia itu.  

Terdahulu, ketibaan Najib disambut warga kerja Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang diketuai menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.   

Turut hadir Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh.

Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Ia berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat. - Bernama
Get updates in your Inbox
Subscribe