BINTANG Jerman, Mesut Ozil di apor akan mendermakan bonus kemenangan yang diterimanya berjumlah RM1.9 juta kepada kanak-kanak di Gaza selepas membantu pasukannya menjulang Piala Dunia 2014 di Brazil.
Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah angka korban akibat serangan kejam rejim Zionis di Gaza meningkat kepada lebih 200 nyawa.
Pemain berketurunan Turki itu, menerima habuan berjumlah RM646,000 untuk kemenangan pasukan Jerman di separuh akhir dan hampir RM1.2 juta wang bonus selepas muncul juara Piala Dunia 2014 daripada Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB).
Bagaimanapun, wakil pemain itu, Roland Eitel tampil menafikan laporan tersebut sebaliknya berkata, Ozil mendermakan wang bonusnya bagi membiayai kos pembedahan 23 kanak-kanak di Brazil.
Eitel yang dipetik daripada portal International Business Times berkata: "Dakwaan Ozil mendermakan wangnya untuk Gaza tidak benar. Mungkin dia akan lakukannya pada masa hadapan, siapa tahu?