Seorang Wanita Ingin Membunuh Semua Kaum Ibu Di Palestin
Seorang Wanita Ingin Membunuh Semua Kaum Ibu Di Palestin | Inilah yang berlaku apabila bercakap dengan perasaan takut dan keliru dengan bayang-bayang kejahatan negara sendiri. Baca selanjutnya idea dan cadangan ahli parlimen Isreal ini.
Seorang Wanita Ingin Membunuh Semua Kaum Ibu Di Palestin
Seorang ahli Parlimen Israel menimbulkan kontroversi apabila melabelkan semua rakyat Palestin sebagai pengganas dan menyeru agar semua kaum ibu Palestin dibunuh dalam konflik Israel-Palestin ketika ini.Menurut satu laporan laman berita Israel, PressTV, wanita yang bernama Ayelet Shaked itu berkata seruan dibuat kerana kaum ibu rakyat Palestin dikatakan telah melahirkan ‘ular-ular kecil’.
“Mereka harus dibunuh dan rumah-rumah mereka harus dimusnahkan supaya mereka tidak lagi melahirkan pengganas.
“Mereka musuh kita dan darah mereka perlu melekat di tangan kita. Ibu-ibu kepada pengganas yang sudah mati juga harus dibunuh," dia dengan angkuhnya diungkap sebagai berkata.
Kenyataannya tidak disambut baik oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang menyifatkan pemikirannya sama seperti pemikiran Hitler.
“Adakah wanita itu seorang ahli Parlimen Israel? Apa perbezaan antara pemikiran dia dan pemikiran Hitler?” tanya Erdogan.
Anda nampak dengan jelas tahap pemikiran ahli parlimen Israel ini tahap melampau dan tidak berperikemanusiaan dan jelas menghina pejuang dan keluarga pejuang islam.