Pelakon Lindsay Lohan dikatakan kini kerap keluar bersama tiga lelaki kaya bagi mengekalkan kehidupan gaya mewahnya itu.
Menurut laporan portal Newkerala, pelakon berusia 26 tahun yang berhutang beratus ribu dolar dengan bank, cukai dan bayaran mahkamah dikatakan mendapat tawaran lumayan jika dia keluar bersama dengan tiga lelaki tersebut.
Menurut laporan Daily Star, seorang kerabat diraja telah membayar Lindsay sebanyak $65,000 pound (RM315,028) untuk menjadi temannya di sebuah parti di London
Pelakon itu turut menjalinkan hubungan skandal dengan bilionair pengusaha hotel, Vikram Chatwal, 41 dan pelukis terkenal Domingo Zapata, 38.
-mStar