Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman berkata, mahkamah tidak dapat meneruskan perbicaraan terhadap tertuduh, Rabidin Satir, 43, yang sepatutnya membela diri atas tuduhan membunuh dan merogol Annie Kok Yin Cheng, 17, semalam.
Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna hijau kelihatan amat lemah dan menangis teresak-esak selepas dibawa masuk ke dalam mahkamah dengan diusung pegawai penjara.
Ab Karim kemudian menetapkan perbicaraan kes itu ditangguhkan kepada 12 Jun depan.
RABIDIN terpaksa dipapah keluar dari mahkamah, semalam.
Rabidin didakwa membunuh mangsa antara jam 11.30 malam, 7 Mac 2009 dan jam 1.50 tengah hari 8 Mac 2009, di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong.
Lelaki itu yang berasal dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Rabidin yang tidak bekerja diwakili peguam Richard Bong Chong Fook, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustaffa.
Sumber : myMetro