Juara Gadis Melayu musim pertama terbitan TV9, Khairul Noormaidah Zali atau Aida selamat melahirkan bayi lelaki (anak ke-2) seberat 3.1 kilogram pada pukul 11 pagi di Hospital Pantai, Bangsar semalam 7 Ogos 2014.
"Aida dimasukkan ke wad semalam selepas mengadu sakit mahu bersalin. Saya di sisi Aida di dalam bilik bersalin sehinggalah dia melahirkan anak kedua kami secara pembedahan.
"Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh Tuhan. Kami berdua sememangnya ternanti-nanti kehadiran cahaya mata kedua ini," Saiful Nizam Ismail, pembaca berita TV3 -Petikan portal UTUSAN
(AIDA)