Isteri Terpinga-pinga Dicerai Talak 3 Gara-gara Tolong Sapu Ubat?


SIAPA sangka apabila seorang isteri yang berniat baik membantu si suami yang sakit mata tetapi berakhir dengan isteri diceraikan dengan talak tiga.

Itu kisah yang dialami oleh seorang ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai Nora menurut laporan Harian Metro.

Nora, 27 tahun, berkata kejadian mengejutkn itu berlaku pada tahun 2006 apabila bekas suaminya yang mengalami sakit mata meminta bantuannya untuk menyapu ubat diberikan pihak klinik ke matanya.

“Dia menyuruh saya menggunakan putik kapas untuk menyapu ubat mata. Pada mulanya saya teragak-agak, tetapi tetap patuh.

“Tiba-tiba dia menjerit sakit dan kami bertengkar sebelum dia melafazkan cerai talak tiga sekali gus,” katanya.

Sebaik cerai itu dilafazkan, dia yang tinggal di rumah lelaki itu di Kedah segera membawa dua anaknya yang masih kecil ketika itu ke rumah ibu bapa di Perak.

“Saya sendiri terkedu diceraikan talak tiga sekali gus hanya kerana dia (bekas suami) sakit mata,” katanya.

Sumber : Harian Metro
Get updates in your Inbox
Subscribe