Kekasih Nabila Huda Berani Berdepan Jumpa Amy Search


'Air dicincang tidak akan putus' hubungan kekeluargaan tidak akan terputus walaupun berlaku perselisihan faham antara anggota keluarga. Begitu juga Hubungan antara Amy Search dan anaknya Nabila Huda

Menerusi Nurkilan blog hotlips-yuya.blogspot.com.  Akhirnya hubungan Amy Search dan Nabila Huda telah pulih. Sebenarnya hubugan ini pulih setelah kekasih Nabila Huda sendiri yang berjumpa dengan Amy Search dan meminta maaf selain merapatkan kembali hubungan anak-beranak Amy Search dan Nabila Huda.

Ini kata Amy Search:
"Sebenarnya saya tidak pernah menyekat mana-mana lelaki yang ingin berkawan dengan Nabila kerana itu pilihannya.

"Walaupun pernah marah dengan kekasih Nabila, tetapi jauh di sudut hati, saya tidak berdendam.

"Cuma saya bersyukur kerana dia seorang yang bertanggungjawab, berani berdepan dengan saya dan kerana dia juga hubungan saya dan Nabila, Alhamdulillah, kembali jernih,"

"Apa yang telah berlaku sebelum ini menjadi satu pengajaran buat saya mahupun Nabila. Alhamdulillah, moga kebahagiaan ini kekal akhir hayat,"

Memang gentleman kekasih Nabila Huda ni. Semoga hubungan keluarga lebih akrab selepas ini.
Get updates in your Inbox
Subscribe