Butterworth: Seorang lelaki berusia 30-an bernasib baik kerana hanya
mengalami cedera ringan di badan selepas ditanduk seekor lembu yang naik
minyak dalam kejadian di Jalan Raja Uda, Butterworth, jam 2 petang
tadi.
Sebelum kejadian lembu berkenaan dikatakan melompat keluar dari sebuah
lori membawanya selepas ikatan pada pergelangan kaki haiwan itu terbuka
dengan sendiri.
Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, mangsa cuba mengelak haiwan berkenaan namun dia terus diserang lembu berkenaan.
“Ketika itu saya dalam perjalanan ke kedai namun melihat keadaan agak
kecoh sebelum dimaklumkan mengenai kejadian lembu yang terlepas.
“Mangsa dikatakan tersembam ketika cuba lari dari serangan haiwan itu.
Dia yang cedera ringan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk
menerima rawatan,” katanya.
Katanya, pemilik haiwan berkenaan kemudian berjaya menenangkan lembu
terbabit sebelum dibawa beredar dari lokasi kejadian. – Harian Metro