Bermula dengan isu "Spiderman" Malaysia,kini pula kisah gadis berbaju kebaya di puncak pencakar langit. Nama Keow Wee Loong semakin dikenali seluruh Malaysia.
Siapakah Keow Wee Loong ?
Jurugambar, Keow Wee Loong, 26, telah melakukan pencerobohan di bangunan setinggi 32 dengan cara memanjat seperti 'spiderman' tanpa sebarang kebenaran, jurugambar sambilan ini pernah didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana telah menceroboh bangunan 1 Sentrum, KL Sentral.Dalam kejadian 29 Jun lepas, Keow didakwa menceroboh bangunan 1 Sentrum, KL Sentral dengan cara memanjat di luar bangunan pada jam 2.30 petang.
Terbaru, nama kini meniti dibibir pengamal media apabila beliau telah berkongsi pengalaman terbarunya. Keow Wee Loong menceritakan pengalaman beliau memanjat sebuah bangunan yang enggan didedahkan lokasinya di Kuala Lumpur bersama seorang gadis bernama Fatin Ilani.Keow Wee Loong mendedahkan yang beliau terkejut dengan keputusan gadis itu untuk bersama memanjat kerana berdasarkan pengalaman beliau sebelum ini, kebanyakan mereka yang mengikuti beliau sangat takutkan ketinggian namun ianya berbeza dengan Fatin Ilani.
.