TELUK BAHANG - Dua tahun lalu Sinar Harian mendedahkan penganjuran pesta arak di Batu Ferringhi.
Kejadian itu belum pun dilupakan. Kini negeri ini sekali lagi kecoh dengan penganjuran Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang 2014 pula.
Kekecohan itu bermula di laman media sosial termasuk blog, Facebook dan juga Twitter.
Sebuah blog dengan tajuk Malaysia Nude Sports Games 2014 itu turut disiarkan bersama video dan juga diceritakan daripada salah seorang peserta yang tidak dikenali.
Melalui blog berkenaan, si penulis memberitahu seramai 18 peserta terlibat dan dianjurkan oleh seseorang yang dikenali dengan nama Miss Chew.
Menjijikkan apabila penulis itu turut memberitahu penganjuran pesta sukan bogel pantai itu menjadi sejarah buat pertama kalinya di negara ini.
Semua mereka berkumpul di jeti Taman Negara Teluk Bahang kira-kira jam 2.30 petang pada hari berkenaan.
Peserta dibahagikan kepada dua bot dan perjalanan mereka menuju ke sebuah pantai rahsia.
“Ketika sampai di destinasi, pantai berkenaan begitu mendamaikan dan tenang. Atmosferanya juga begitu menyeronokkan, hanya kami pelancong yang berada di situ.
“Kami mengeluarkan barang dan Miss Chew mendekati salah seorang penjaga kawasan yang dilihat secara berseorangan,” katanya.
Lebih menghairankan apabila si penulis blog itu turut memaklumkan pihaknya sudah mengesahkan dengan penjaga kawasan mengenai aktiviti berbogel yang mahu dilakukan.
“Kami kemudiannya mula berbogel dan memulakan aktiviti pertama iaitu melukis badan secara berbogel.
“Pantai berkenaan bagaikan dunia kami kerana semua orang boleh berbogel dengan bebasnya, dan tiada gangguan dari dunia luar.

“Selepas beberapa lama di situ, kami ternampak bot datang dan segera berpakaian tapi rupa-rupanya mereka menghantar makan malam kepada kami,” katanya.
Melalui blog berkenaan, mereka turut berseronok dengan makanan seperti nasi lemak, laksa, mihun goreng, sate dan juga keropok lekor.
“Selepas berakhir makan malam, kami akhirnya tidur di dalam beg tidur masing-masing dan mendirikan unggun api mengelakkan digigit nyamuk,” katanya.

Ikuti Video di bawah :