Surah Penghibur Hati Rasulullah SAW

Surah Al-Kausar adalah surah paling pendek. Surah ini hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Mekah yang bermaksud sungai di syurga.

Surah Al Kautsar

Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu. Warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih harum daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana diturunkan ketika baginda bersedih diatas kematian dua orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

(Baca: Tidak Tahu Membaca Al-Quran Tapi Kuburnya Bercahaya)

Menariknya, pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini, diantaranya;
  • Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah SWT memakbulkan doa kita.
  • Jika kita kehausan serta tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, insyaAllah akan hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah SWT memberi kita ilham dimana terletaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1,000 kali rezeki kita akan bertambah, InsyaAllah.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya dan dipenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah SWT akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Eloklah dilakukan perkara-perkara yang baik ini selalu untuk kebaikan diri kita sendiri.

-Sentiasapanas.com
Get updates in your Inbox
Subscribe