SYAMSUL YUSOF PERSOAL KENYATAAN USTAZ ‘TIADA SYAHID DI GAZA’?

Sejak beliau berhijrah dan lebih mendekatkan diri dengan ilmu agama, pengarah muda Syamsul Yusof dilihat sering berbicara dan berkongsi pendapatnya tentang perihal agama menerusi laman sosial Twitter miliknya.


Terbaru, Syamsul ada tweet mengenai krisis Israel-Palestin. Umum sedia maklum, bumi Gaza kini sedang berdepan dengan kekejaman tentera rejim zionis hingga menyebabkan ribuan nyawa umat Islam di sana terkorban.

Apa yang menjadi perbualan tentang status yang dimuat naik Syamsul pada malam semalam ialah kerana terdapat dua tweet Syamsul yang seakan-akan mengkritik pendirian seorang ustaz yang mengatakan ‘tiada syahid di Gaza’.



Tweet itu mendapat perhatian para peminatnya yang menyokong sepenuhnya pendapat itu. Apapun, masing-masing mempunyai pendapat sendiri. Sama ada syahid atau tidak, bukanlah hak kita untuk menentukannya.

Sebaliknya, marilah kita sama-sama mendoakan agar saudara Islam kita di Palestin akan memperolehi keamanan di tanah kelahiran mereka sendiri.
Sumer : Sensasimalaysia
Get updates in your Inbox
Subscribe