UNIK.!! Kampung Yang Hanya Ada Seorang Penduduk.??

Don Sammons, 60, tinggal di dalam sebuah kampung yang hanya memiliki seorang penduduk sahaja, iaitu dirinya sendiri.


Buford terletak di Wyoming, Colorado, daerah tanah tinggi dengan suhu rendah. Kampung ini telah ditinggalkan oleh seluruh penghuninya yang memilih untuk tinggal di tempat lain untuk mencari penghidupan yang lebih baik kerana merasakan wilayah ini tidak akan berkembang lagi. Namun, tidak dengan Sammons yang nekad tinggal di sana seorang diri.

Sammons meninggalkan Los Angeles tahun 1980 bersama isteri dan anaknya dan memilih untuk menetap di Buford yang ketika itu dihuni sekitar 2,000 orang pekerja landasan kereta api. Setelah isterinya meninggal 15 tahun lalu, anaknya yang kini berusia 26 tahun memilih untuk berpindah dari Colorado.

Sammons memiliki sebuah stesen minyak dan sebuah kedai runcit untuk mereka yang singgah dalam perjalanan. “Dalam sehari kedai saya boleh dikunjungi 1,000 orang di musim panas, namun menurun hingga 100 orang saja di musim sejuk,” kata Sammons yang mengaku dirinya sebagai raja di Buford.

-SP
Get updates in your Inbox
Subscribe