WAK DOYOK DAN ELFIRA LOY SAH BERCINTA DAN BAKAL MENIKAH??

KUALA LUMPUR: Sudah lama kedengaran cerita kononnya ada 'sesuatu' di antara aktres genit, Elfira Loy dengan Wak Doyok.

Siapa Wak Doyok? Cerita ini barangkali akan memberi promosi kepada jejaka berkenaan yang cukup terkenal di laman Instagram.

Semalam Elfira ada memuat naik gambar secara rambang dan tertera perkataan If I Stay. Selang beberapa minit kemudian, Wak Doyok pula memuat naik gambarnya berserta keterangan gambar mahu mengucapkan selamat malam kepada puterinya.

Di hujung ucapan itu, turut tertera tulisan If I Stay seperti mana yang ditulis Elfira. Ikuti penjelasan Elfira yang dihubungi tadi.

"Saya tak ada rasa apa-apa. Suka hati dialah. Tapi kalau ditanya ada apa-apa antara kami, jawapannya jelas memang tak ada hubungan cinta. Apa jua yang mungkin orang fikir atau tanggapan dia, saya memang tak tahu apa-apa.

"Ia tak memberi kesan kepada saya. Jadi saya tak perlu peduli semua ini. Kalau nak tanya apa tujuan dia buat begitu, kena tanya dia sendiri. Selagi ia tak mengganggu perjalanan kerjaya seni saya dan diri, saya okey," katanya.

Menurut Elfira, dia mengenali lelaki itu secara profesional.

Kami pernah berlakon sama dalam drama Kelas 601 sejak Ramadan lalu. Ia untuk siaran Astro Tutor TV. Saya jadi Cikgu Linda dan dia jadi Abang Lokman. Dalam cerita itu kami meminati diri masing-masing," katanya.
Get updates in your Inbox
Subscribe