BUMI TERBELAH TUJUH......................AWAS!

"Bukak pintu ni ! Bukak Umarr......." Jerit Kapten . Masing masing tergamam dengan apa yang dilakukan oleh Umarr. Masing masing sedaya upaya cuba membuka semula pintu lif yang dikunci oleh Umar.

"Apa kamu buat niii....bukak! Bukak!". Abu Bakar sahabat baik Umar terus mendesak Umar .....Abu Bakar tahu untuk apa TINDAKAN UMAR ini ...Abu Bakar sudah dapat mengagak...tetapi ianya amat bahaya untuk Umar teruskan...

Umar hanya diam..air matanya mula mengalir sambil cuba tenang dan tabah melihat rakan rakannya yang terus mendesaknya membuka pintu. ....perlahan Umar angkat tangan kanannya.......matanya memandang arah Kapten Aziz dan rakan rakannya...
TABIK HORMAT DIBERIKAN DENGAN IRINGAN AIR MATANYA....

Umar sudah Nekad! Ini keputusannya....cuma dia yang KURANG BERNASIB BAIK dikalangan rakan rakan nya...BIARLAH dia memikul tanggung jawab dan amanah iniii.........

Masing masing sudah terkedu...Lif sudah mula bergerak kebawahhh........Tiada apa lagi yang mampu Kapten dan rakan rakan Umar lakukan...mereka sudah terperangkap! Kapten membalas Tabik Hormat Umar juga diiringi air mata...Adakah betul tindakan Umar inii?? Adakah dia berpeluang berjumpa Umar lagiii...Umar yang dikenali sebagai anggota yang lebih banyak diam dan menyimpan seribu rahsia....

Sebelum Lif hilang dari pandangan mata Umar...sempat diserahkan sekeping gambar pada Abu Bakar....Itulah gambar anak gadis kesayangan Umar yang ditinggal ibunya...kini anak gadis itu seakan bertukar amanah pada Abu Bakar...Mata berairnya dikesat sambil memegang amanah......matanya melirik pada melihat kelibat Umar yang sudah jauh dari kedudukan mereka .

"Apa yang dia buat...."...Rungutan dari pusat kawalan dibumi....masing masing terDIAM. Suasana yang mulanya kecoh mula membutu.....Tiada apa lagi yang boleh mereka harapkan...segalanya kini BERGANTUNG KEPADA UMAR....

"Kita sudah terputus hubungan tuan..." Ayat itu mengejutkan semua pihak dan suasana TRIBA TRIBA MENJADI GELAP GELITA....Kecoh jadinya bila ada suara "Mereka dah sampai ke BUMI KE TUANN"......." Ya Allah! Selamatkanlah kamii.....".

Memang ketakutan semuanya...Mampukah mereka semua hidup ....mampukah mereka semua selamat dari MALAPETAKA NIII....... Ada yang sudah menitis air mata terkenang keluarga...masing masing BERSERAH DAN BERDOA....dimana Umarr??

"Leooo...cuba dapatkan info...macam mana bekalan letrik boleh terputus...! "Dalam kelam gelita ituu Tuan memberi arahan sambil menelefon pihak atasan ...

Leo Chan Lai diam...Leo Chan Lai tahu yang Tuan sudah terlupa disebabkan kekalutan mereka disaat genting bertarung nyawa ituuu ....Tuan terlupa PESANNYA PAGI TADII....

Perlahan Leo Chan Lai hampiri Tuan...dalam samar samar cahaya Lilin itu...Leo Chan Lai tunjukkan sesuatu pada Tuan hingga TUAN JATUH TERDUDUK....

SILA BAYAR SEBELUM 4 PETANG SEBELUM BEKALAN LETRIK PREMIS ANDA DIPOTONG!!
"Abang dah bayar belummm!!!". Suara isteri kedengaran dalam telefon menyebabkan lamunan penulis terhentiii . Terhenti sambil "BERANGAN" apabila mendengar alunan video ini dari dalam kereta sambil memerhati kedai TNB didepan mata ........

Tangan masih terketar dan nafas seakan terhenti bila melihat bil TNB yang dulu cuma RM115 kini sudah menjadi RM225 SEDANGKAN duit dalam dompet cuma berbaki RM189.40sen...........
"Bolehkah minta bayar separuhh??".......Penulis nekad sambil menuju ke Premis TNB Petaling Jaya......
KEMAS KINI ARTIKEL TERBAIK KAMI .........

TAJUK - KALAU ADA REZEKI........DUIT INI BALIK SEMULA.......
RASA Menyesal mungkin dapat disembuhkan sekiranya seseorang itu masih hidup....tetapi jika seseorang itu telah PERGI...RASA menyesal itu akan menghantui kita sepanjang hidup.....

Allah sentiasa memberi kita PETUNJUK DAN PELUANG......tetapi ada kalanya kita tidak NAMPAK.......

Penulis kenali Ahmadi sudah lama lebih lebih lagi Asmadi masih berhutang RM2500 dengan penulis . Dan penulis bukanlah jenis manusia yang pandai kutip hutang terutama rakan baik yang bekerja ditempat yang sama. Asmadi pula ialah manusia yang agak boros dan tidak tahu berjimat...itulah yang penulis kenali beliau dahulu.

Apabila diarahkan berpindah kerja ...isu hutang Asmadi lenyap begitu saja dan penulis seakan redha dengan segalanya. Hampir 8 tahun penulis tidak temui beliau hinggalah semalam penulis diberikan kesempatan TERAKHIR untuk bertemu nya.

Asmadi tidak banyak berubah...cuma sudah berjanggut padahal sewaktu dikenali dulu dialah yang paling RISAU KALAU TUMBUH JANGGUT....

"Ehh! You pun hantar anak blajar sini ". Katanya ceria disamping keluarganya.

"Itulah....tak sangka kita boleh berjumpa disini..."Penulis gembira dan banyak yang kami bualkan pasal keluarga masing masing termasuk imbas kembali saat kami bekerja bersama di Jalan Ampang dulu.....

Sebelum penulis balik ke Pahang...

"Misbah.....nahhh! Aku minta maaf..." Katanya sambil hulurkan duit RM2500 yang dipinjamnya dulu. Terdiam penulis seketika...

"Ehh! Tak pelah Diee...aku pun dah halalkan ....simpan untuk anak you belajar". Penulis menolak dengan baik...

" Janganlah...inikan hak kau....ambil jerr...kalau ada REZEKI ...DUIT NI BALIK SEMULA..." Katanya tanpa penulis faham maksud "DUIT BALIK SEMULA" ketika itu.

Setelah dipujuk dan rasa berat hati, penulis ambil duit yang diisi dalam envelop putih. Kami bersalam dan meneruskan perjalanan walaupun KAMI SAMA SAMA AKAN MELALUI laluan yang sama...ASMADI BALIK KE RUMAHNYA DI PETALING JAYA ,MANAKALA PENULIS TERUSKAN PERJALANAN BALIK KE PAHANG ,kami sama sama bergerak dari SINI

Oleh kerana kebetulan sudah sampai di Perak, dan teringat kata Asmadi tadi dia nak lawat saudaranya di Ipoh, penulis pula mahu singgah dulu dirumah saudara mara di sekitar Kuala kangsar . Malamnya barulah penulis mulakan perjalanan semula .

Waktu itu hampir pukul 1 malam...penulis terlihat kelibat kenderaan yang rasanya BARU terlibat dalam kemalangan, kerana memang tiada kenderaan lain penulis sampai ..amat sunyi dan gelap! Yang ada cuma pemandu Wira,isteri dan anaknya yang sedang menangis dan pemandu Honda yang diam didalam kereta.

Atas rasa prihatin ...penulis tenangkan keluarga pemandu Wira tersebut yang kelihatan suaminya kemungkinan patah kaki...isteri dan anaknya cuma cedera ringan dan kelihatan masih terkejut dengan apa yang terjadi.....

Dalam kegelapan dan berpandu lampu kereta saja penulis segera menuju ke arah Pemandu Honda didepan..Ya Allah! Mukanya penuh berdarah...penulis periksa nadinya...masih ada...Alhamdulillah......dan dengan segenap tenaga dan kebetulan sudah sampai beberapa pemandu lain yang turut membantu, kami angkat pemandu Honda yang tersepit itu dan letakkan diatas jalan.....

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.....

rupanya pemandu honda itu sudah meninggal sewaktu diangkat keluar tadi...
Penulis tutup wajahnya yang hampir tidak dikenali itu kerana berlumuran darah dan segera mencari beberapa dokumen penting mangsa seperti beg duit dan telefon ...tanpa mahu melihat kerana orang sudah ramai kerumun ,penulis isi dalam plastik dan ikat ,kemudian letakkan diatas badannya......
(Langkah ini perlu dibuat jika anda mahu membantu mangsa dalam kemalangan kerana dapat mengelakkan berlakunya kecurian barang berharga milik mangsa selain dapat memudahkan urusan pengecaman oleh pihak berkuasa ..)

Apabila bomba dan polis sampai...penulis malas nak menunggu lama...perlu teruskan perjalanan kerana memikirkan Pahang masih jauh didepan.....lagipun esok nak kerjaa...

Semasa hendak masuk kedalam kereta...penulis SEAKAN terdengar NAMA penulis disebut...

"MISBAHH......" Penulis berpaling ke arah mayat yang terbaring tadi... Ahh! rasanya tiada siapa yang kenali penulis disitu...lagipun bomba dan polis sedang menjalankan tugas mereka...mungkin hanya khayalan penulis SEOLAH ADA yang sebut nama penulis....

Perjalanan diteruskan malam itu juga dan alhamdulillah penulis selamat sampai sewaktu azan subuh .

Selesai solat dan sarapan bersama isteri...triba triba BEKAS BOS PENULIS TELEFON...

"Misbahh...You ingat Asmadi Omar?? Staff yang sama you dulu...dia meninggal aksiden malam tadi atas skit Slim River..." Kata itu segera mengingatkan penulis kemalangan malam tadi.......segera penulis hubungi keluarga nya untuk kepastian.....

Rasa sebak ......rasa menyesal yang amat sangat kerana PENULIS TINGGALKAN ARWAH ASMADI OMAR keseorangan tanpa keluarga mahupun teman teman rapat disaat pemergiannya... ......kalaulah penulis tahu itu beliau........

"PATUTLAH PENULIS SEAKAN MENDENGAR dia memanggil nama semasa hendak masuk kereta malam tadii...

"Abang Die beriya mahu meninggalkan kami anak beranak di rumah saudara kat Ipoh...malam itu dia balik seorang..rupanya....." Kata isteri Asmadi sambil mengesat air mata...tak kala itu juga penulis "sedekahkan" kembali duit RM2500 kerana penulis sudah mula faham maksud katanya..."

" kalau ada REZEKI ...DUIT NI BALIK SEMULA..."
- See more at: http://www.jomgelakfm.my/2013/12/bumi-terbelah-tujuhawas.html#sthash.jPlL1Gjy.dpuf
Get updates in your Inbox
Subscribe