PANAS! BEKAS JUARA AKADEMI FANTASIA MENGAKU JALIN HUBUNGAN SONGSANG?!!

Sekadar gambar hiasan

Penyanyi Faizul Sany, 30, mendedahkan dia pernah cuba dipikat lelaki tetapi situasi itu dapat diatasi dengan tidak melayan kehendak individu berkenaan.

Berkongsi lanjut mengenai hal itu, pelantun lagu Perempuan ini menyatakan dia pernah diajak menjalinkan hubungan songsang atau sejenis beberapa kali. Bagaimanapun, dia cepat menyedari perkara itu lantas mengelak daripada terus terjebak.

"Saya belum terfikir tentang cinta lagi dan sekarang mahu fokus pada kerja dulu. Saya tetap lelaki sejati dan tidak bermaksud saya tidak bercinta, saya ini tidak suka pada perempuan," katanya kepada Malaysian Digest.

Menurutnya, dia menyedari niat lelaki yang mempunyai hubungan songsang menerusi cara bersalam termasuk perbualan telefon.
"Ada lelaki menelefon saya dan mengajak keluar bersama tetapi saya tidak melayannya. Apabila sudah banyak kali hampir terkena, saya sudah boleh mengesan dan mengatasinya.

"Saya sebenarnya tidak kisah berkawan dengan sesiapa asalkan ikhlas tetapi jika individu itu mempunyai niat lain, lebih baik saya mengelak daripada terus berkawan," katanya.

Juara Akademi Fantasia 2013 berkata, hubungan cinta bukan sesuatu yang baru padanya apatah lagi pernah gagal dalam perhubungan sebelum ini dan mengakui pengalaman lalu banyak mengajarnya menjadi lebih matang.

"Hubungan cinta sebelum ini tidak dapat diteruskan kerana bekas teman wanita saya tidak memahami kerjaya saya yang sentiasa sibuk. Saya bukan mahu mengatakan saya seorang yang kuat bekerja tetapi kerjaya menuntut saya tidak mempunyai banyak masa untuk bersamanya," katanya.

Ditanya mengenai ciri-ciri wanita pilihan, anak jati Tawau, Sabah ini menyatakan dia tidak memilih dari segi fizikal asalkan gadis itu seorang yang memahami.

"Saya tidak memilih, asalkan cukup sifat dan memahami," katanya.

Menyentuh tentang perkembangan kerjaya, Faizul bersyukur apabila perjalanan seninya berjalan lancar dan lebih menggembirakan sebaik album sulungnya mendapat respon positif dalam kalangan peminat. Namun, dia mengakui ramai peminat lebih mengenali lagu nyanyiannya berbanding dirinya.

"Mungkin sebab tahun pertama saya dalam industri hiburan ini, saya lebih banyak menghabiskan masa di dalam studio untuk kerja pembikinan album.

Faizul Sany

"Namun, saya bersyukur kerana rezeki semakin murah dan lagu saya juga tersenarai sehingga menjadi juara beberapa carta radio tempatan dan Singapura," katanya yang akan turut menjayakan persembahan Hafiz & Friends Showcase yang akan berlangsung di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, pada 25 Januari ini.

- mD
Get updates in your Inbox
Subscribe