Difahamkan, tindakan itu dilakukan demi menyelamatkan warga Afrika berusia 20-an itu kerana mereka dikatakan bakal berkahwin dalam tempoh dua bulan lagi dan terpaksa mempertahankan teman lelakinya kerana bimbang ditahan.
Tindakan sedemikian antara penyebab operasi mengekang kebanjiran warga asing di negeri ini ada kalanya berdepan kesukaran apabila masyarakat setempat dikesan bersekongkol dengan golongan itu bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.
Dalam operasi yang dilakukan di lima lokasi berbeza di sekitar negeri ini selama enam jam itu, warga Afrika yang ditahan enggan memberi kerjasama malah cuba melarikan diri selain mengasari anggota penguat kuasa Imigresen.
Anggota dan pegawai imigresen terpaksa mengejar ‘awang hitam’ itu yang enggan memberi kerjasama selain terpaksa bergelut kerana faktor fizikal lebih sasa menyebabkan mereka tidak gentar.