Pelajar Comel IPT Hamil Cari Pak Sanggup Guna F.B?


Kalau nak kata betul, takkanlah ada perempuan teruk ini mahu dedahkan keaiban diri sendiri kan?Tapi kalau nak kata tak betul pula, memang banyak sangat dah kes status tak tau malu telah dimuatnaik pengguna Facebook selama ini.Menurut status Facebook yang tersebar ini, seorang penuntut sebuah IPT mengaku terdesak kerana sudah mengandung dua bulan. Jadi dia meminta mana-mana lelaki supaya mengahwininya segera.

Syarat yang dikenakan cukup mudah iaitu sudi menerima dirinya seadanya dan beragama Islam malah lokasi berkahwin pun dia tidak kisah. Dalam erti kata lain kahwin di sempadan pun ok.
Kalaulah status ini benar maka marilah kita sama-sama doakan budak perempuan ini diberikan keinsafan.
Tapi kalau status ini satu penipuan atau usaha untuk menjatuhkan maruah pihak tertentu maka pelakunya eloklah diserahkan kepada pihak berkuasa agar dia tahu erti penyesalan yang sebenar.

Sumber : News HUB

Get updates in your Inbox
Subscribe