Puas Nafsu Dengan Gambar

KUALA LUMPUR: Golongan wanita disaran agar tidak memuatnaik gambar peribadi ke laman sosial kerana dikhuatiri akan menjadi mangsa psikologi seks kaum lelaki.

Si pelaku menggunakan modus operandi dengan mengambil gambar wanita yang tidak dikenali di laman sosial seperti Facebook, blog dan sebagainya.

Pemilik akaun facebook GfSiapaNi antara yang dikenalpasti aktif memuatnaik gambar-gambar remaja dan wanita.

Ia mempunyai hampir 20,000 pengikut di mana sebahagian besar komen berbaur lucah pada setiap gambar wanita yang dipaparkan.

Mengulas gejala yang berlaku Pakar Psikologi Klinikal, Azlina Roszy Mohd Ghaffar berkata, tindakan itu dikenali sebagai ‘paraphilia’ iaitu kepuasan seks yang diperoleh melalui objek.

“Ia turut dipanggil ‘sexual fetishism’ iaitu sejenis ketagihan seks di mana individu mendapat kepuasan dengan melihat gambar,” katanya kepada The Rakyat Post.

Sementara itu, bekas mufti Perlis dan pendakwah Islam, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bimbang kecanggihan teknologi menyumbang kepada penyakit psikologi di kalangan lelaki.

“Ini merupakan satu penyakit yang dah lama wujud tetapi kini disuburkan kembali dengan kemajuan teknologi sekarang” ujarnya.

Menurut Mohd Asri, perkara sebegitu dapat dibendung sekiranya wanita menjaga penerampilan mereka dalam apa juga keadaan termasuk ketika memuatnaik gambar di laman sosial.

“Golongan wanita disuruh untuk menjaga pakaian dan penampilan terutama pada zaman sekarang, gambar kita boleh diambil tanpa disangka.

“Sepertimana yang dinyatakan dalam Al Quran, wanita disuruh untuk menutup aurat, yang demikian itu supaya mereka dikenali sebagai wanita yang baik,” katanya.

--The Rakyat Post
Get updates in your Inbox
Subscribe